Mersing

mersing2

mersing

Mersing adalah sebuah daerah yang terletak di Timur Laut negeri Johor. Berkeluasan 2836.6 km2, ia mempunyai 10 mukim. Bandar utama di Mersing adalah Jemaluang, Bandar Mersing, Bandar Mersing Kanan dan Bandar Padang Endau.

SEJARAH MERSING

Mersing telah dibuka pada 1892 oleh Dato’ Bentara Luar. Terdapat pelbagai cerita tentang asal usul nama Mersing. Antaranya ialah:

  • Mersing sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Sigh atau Men Sigh. Beliau dikatakan telah dibuang daerah dari Pahang oleh Sultan Pahang kerana membuat kesalahan yang besar.
  • Cerita lain ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing juga diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu sebagai bakal menantunya.
  • Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing

PENGANGKUTAN

Anda boleh ke Mersing dengan menggunakan salah satu dari pengangkutan berikut:

  • Kereta – Boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan susur keluar melalui Kluang.
  • Kereta Api – Boleh menggunakan perkhidmatan KTM di stesyen Kluang.
  • Bas – Terdapat bas dari Kuala Lumpur yang berhenti di Terminal Bas Mersing.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MERSING

1. Taman Negara Endau Rompin

Ia adalah hutan simpan tertua di dunia dan terletak kira-kira 70km dari bandar Mersing. Berkeluasan 49,000 hektar dan bersempadan dengan negeri Pahang, meliputi daerah Mersing, Segamat dan Rompin.

Antara tarikan utama di Taman Negara ini adalah:

  • Perkampungan Orang Asli Suku Kaum Jakun
  • Pelbagai sungai dari jeram seperti Sg. Endau, Sg. Jasin, Sg. Lemai dan Sg. Semakuk.
  • Pelbagai Air Terjun seperti Air Terjun Buaya Sangkut yang setinggi 40meter.
  • Kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna.

tmn ngr

tmn ngr1

tmn ngr2

tmn ngr3

tmn ngr4

Terdapat juga pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Perbadanan Taman Negara Johor seperti 40 chalet disediakan bagi para pengunjung menikmati keindahan alam semulajadi yang tidak pernah disentuh sejak ratusan tahun dahulu.

2. Air Papan

ppn3

ppn

Air Papan adalah pantai yang terletak kira-kira 8km dari bandar Mersing. Ia adalah pusat perkelahan dan perkhemahan yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Pada 1 Mei setiap tahun, Pesta Air Papan akan diadakan di sepanjang pantai Air Papan. Pelbagai permainan tradisional diadakan yang akan disertai oleh penduduk tempatan dan juga para pelancong, pelbagai persembahan kebudayaan, pesta makanan dan juga kraftangan.

Antara kemudahan yang disediakan adalah:

  • kemudahan sukan rekreasi air
  • chalet
  • tandas awam
  • gerai makanan
  • telefon awam
  • Masjid
  • wakaf

ppn4

3. PULAU – PULAU

Terdapat banyak pulau-pulau yang indah, dengan pantai berpasir yang putih dan bersih di daerah Mersing. Antaranya ialah:

  • Pulau Besar – Pulau besar dikelilingi oleh beberapa pulau yang lain seperti Pulau Sibu, Pulau Linggi, Pulau Rawa, Pulau Mensirip  dan Pulau Hujung. Puncak tertinggi di Pulau Besar ini mencecah ketinggian 2,000km dari paras laut. Asenia Resort Pulau Besar adalah penginapan utama di Pulau Besar.

pb

Pulau Besar

  •  Pulau Pemanggil – Berkeluasan 6.4km persegi, terdapat 4 kemudahan pelancongan di pulau ini iaitu Radin Island Resort, Hillside Resort, Besar Marina Resort dan Sun Dancers Resort.

pp

Pulau Pemanggil

  • Pulau Sibu – Berkeluasan 6km, Pulau Sibu terletak berdekatan dengan Pulau Sibu Besar, Pulai Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung. Kemudahan pelancongan yang terdapat di sini adalah Rimba Resort.
  • Pulau Tinggi – Pada zaman dahulu, Pulau Tinggi ini dikenali sebagai Pulau Topi Jeneral oleh Kelasi Cina kerana pulau ini yang berbentuk bujur.Pulau tinggi juga kaya dengan buah-buahan, rotan, kayu balak, gua, terumbu karang serta kepelbgaian hidupan laut.

image_gallery

Pulau Tinggi

  • Pulau Aur
  • Tanjung Leman

TEMPAT MAKAN YANG MENARIK

  1. Restoran TI Seafood – Restoran yang menghidangkan masakan ala Thai. Terkenal dengan keenakan ikan tiga rasa, otak-otak Kempas dan sambal udang.
  2. Sally’s Place – Restoran makanan Cina Muslim. Selain keenakan masakan ia juga terkenal dengan hiasan dalaman yang berkonsepkan rumah Melayu zaman dahulu kala.
  3. Brother Joe – Terletak di Medan Selera Ikan Bakar di persiaran nelayan Mersing. Terkenal dengan keenakan ikan bakar yang segar dari laut.
  4. Seri Mersing Kafe – Restoran yang berkonsepkan kopitiam dan telah bertapak lebih 25 tahun. Apabila ke sana, anda perlu cuba jem kaya buatan mereka sendiri.
  5. Nasi Dagang Seri Tanjung – Terkenal dengan keistimewaan nasi dagangnya yang dikukus 2 kali,di mana kali kedua dikukus dengan santan dan halba.
  6. Restoran Makanan Laut Yong Seng – Terletak di Jalan Ismail. Terkenal dengan makanan laut yang segar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s