Kuda Kepang

Kuda Kepang adalah 1 patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Untuk menampakkan ia lebih menarik, Kuda Kepang dibuat daripada buluh-buluh yang dianyam serta kulit binatang yang dicorakwarnakan. Kuda Kepang amat digemari oleh penduduk negeri Johor terutamanya keturunan Jawa. Ia kebiasaannya di mainkan di majlis keramaian sempena menyambut orang kenamaan, perkahwinan dan hari perayaan.

kk3

 

ASAL USUL KUDA KEPANG

Terdapat banyak pendapat mengenai asal usul Kuda Kepang. Antaranya ialah:

  • Ia berkaitan dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha Wali Songo untuk mengembangkan ajaran Islam di kawasan pedalaman di Jawa, agak susah bagi beliau untuk mendekati penduduk di kawasan tersebut. Oleh itu, untuk menarik perhatian penduduk itu, Wali Songo telah menari sambil menunggang kuda.
  • Tarian Kuda Kepang dikatakan meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali.
  • Ia berkaitan dengan alam kayangan dimana seekor kuda kayangan iaitu Kuda Sembrani telah dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawan yang hilang. Setelah berjumpa, mereka menari keseronokan.

TARIAN KUDA KEPANG

  • Lazimnya, ia ditarikan secara berkumpulan. Di dalam 1 kumpulan terdiri daripada 10-15 orang dan seorang ketua yang di panggil ‘dayang’. Kebiasaannya, 1 kumpulan terdiri daripada kaum lelaki sahaja. 
  • Pada peringkat awal, semua gerak penari akan mengikut arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal tarian.
  • Lenggang lenggok dalam tarian Kuda Kepang dinamakan Lenggang Kiprah
  • Jenis-jenis tarian yang terdapat dalam tarian Kuda Kepang adalah Sola, Selendang, Pak Tani, Pucuk Rebung, dan Perjuangan Mempertahankan Diri.
  • Antara alat-alat muzik yang digunakan adalah angklong(utama), gendang, gong, kinong, jidor dan bonang. Namun begitu, tidak semua alat-alat muzik ini digunakan secara serentak.
  • Dari segi pakaian para penari, ia terpulang pada kehendak para penari tetapi ianya perlulah seragam

kk4

kk2

 

KEPERCAYAAN MENGENAI KUDA KEPANG

  • Kuda Kepang dipercayai dikuasai oleh kuasa ghaib, dimana perkara buruk boleh menimpa pemain dan [penonton semasa tarian Kuda Kepang dipersembahkan.
  • Bagi menangani perkara yang tidak diingini daripada berlaku, 1 upacara khas perlu dilakukan sebelum tarian dimulakan.
  • Ia bermula dengan istiadat memuja roh.
  • Kemudian, menjampi untuk istiadat buka gelanggang yang berukuran 40m x 60m.
  • Akhir sekali, sediakan sajian untuk penunggu. Sajian terdiri daripada kelapa, beras, pisang masak, kemenyan, kain putih, jarung, benang, ayam, padi, telur dan bunga rampai.

FAKTA MENARIK TENTANG KUDA KEPANG

  • Selalunya terdapat beberapa pemain yang naik sheikh ketika tarian sedang dipersembahkan. Pemain ini akan membuat perkara yang tidak boleh dibuat oleh orang yang waras seperti meniti di atas seutas tali.
  • Bunyi-bunyian pengiring perlu terus dimainkan. Jika bunyi-bunyian itu diberhentikan, pemain akan naik marah dan akan menerkam pengiring.
  • Jika pemain tersebut bertindak diluar kawalan dan semakin liar, pengawal akan menangkap pemain tersebut dan bomoh akan membaca mantera pada ubun-ubun dan telinga pemain tersebut.Selepas itu, pemain akan kembali pulih seperti sediakala.
  • Selain sebagai hiburan, Kuda Kepang juga digunakan untuk menyembuhkan penyakit ganjil seperti dirasuk hantu dan diresapi roh orang mati.
  • Kuda Kepang juga perlu disimpan di tempat yang khusus. Jika tidak, roh kuda kepang akan mengamuk dan mersakkan pertunjukkan yang akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s