Muar

Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor dan bersempadan dengan negeri Melaka, daerah Segamat dan juga daerah Batu Pahat. Pusat pentadbiran baru yang dikenali sebagai Muar 2 sedang dirancang untuk dibina di Muar. Pusat pentadbiran baru tersebut akan menempatkan semua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan dijangka terletak berhampiran dengan Muar Bypass di bandar Muar.

1

ASAL USUL NAMA MUAR

1. Muar lahir daripada perkataan ‘muara’ iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Contohnya apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511,Raja danPara Pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.
2. Muar juga dikatakan berasal dari perkataan ‘muak’ (jemu dan ‘mu-aru’ (Bahasa Tamil) yang bermaksud tiga sungai.
3. Bandar Muar juga dikenali sebagai Bandar Maharani. Ia mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.

TEMPAT MENARIK DI MUAR

1. Taman Tanjung Emas

images

images (1)

Ia adalah sebuah taman rekreasi yang terletak di muara Sungai Muar. Tebing sungai di taman ini dihiasi dengan laluan siar kaki yang menyajikan pemandangan menarik Sungai Muar. Selain itu terdapat juga perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar selama 45 minit hingga satu jam untuk memberikan peluang kepada pelancong menikmati pandangan bandar Muar dari sungai. Bagipeminat golf, Taman Tanjung Emas ini juga menempatkan padang golf 9 lubang. Taman ini  menjadi lokasi beriadah bagi penduduk tempatan terutamanya pada hujung minggu.

2. Bangunan-bangunan Lama

535310602_598e3f6449_z

 

Bangunan Sultan Abu Bakar

m-08_2

 

Bangunan Kastam

Terdapat banyak bangunan yang dibina sebelum Perang Dunia ke-2 masih lagi mewarnai senibina bandar Muar ini. Antaranya ialah Bangunan Sultan Abu Bakar yang dibina pada tahun 1q921. Ia menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran daerah Muar. Begitu juga dengan bangunan Kastam yang dibina pada tahun 1909. Bangunan-bangunan ini adalah warisan yang amat berharga dan juga melambangkan kemakmuran Muar di zaman lampau.

3. Masjid Sultan Ismail

masjid

Masjid Sultan Ismail iaitu masjid Jamek ke-2 terletak di tebing utara sungai Muar. Ia adalah masjid terbesar di Muar dan rekabentuknya adalah replika kepada Masjid Sultan Ibrahim (Masjid Jamek Pertama). Siap dibina pada tahun 2002, ia kelihatan seolah-olah terapung di atas sungai.

MAKANAN MENARIK DI MUAR

1. Ikan Bakar & Asam Pedas Wak Jos

Terletak berhampiran Medan Ikan Makan Sabak Awor yang berada berhampiran Jambatan ke-2 Muar. Walaupun terletak di kawasan terpencil di tebing Sungai Muar, restoran ini terkenal dengan keenakan ikan bakarnya disamping harga makanannya yang sangat murah.

2. Kopi 434

Kopi Sai Kee atau lebih dikenali sebagai nama kopi cap 434 selalu menjadi buah tangan bagi para pelancong yang datang ke Muar. Selain keenakan rasa kopinya, keistimewaan kopi ini kerana ia tidak perlu ditapis kerana habuk kopi ini akan tenggelam dengan sendirinya selepas 5 minit.

3. Mee Siput

Mee yang berbentuk sanggul yang dikeringkan dan dihidangkan selepas digoreng. Ia enak apabila dicicah dengan sambal tumis. Antara tempat yang paling mudah untuk mencari mee siput ini adalah di Pasar Muar.

4. Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Terletak berdekatan dengan Public BAnk, terkenal dengan keenakan mee bandung dan juga sate yang dijual pada waktu pagi. Selain itu, restoran ini juga menjual perencah mee bandung buatan mereka sendiri bagi memudahkan penggemar mee bandung menikmati keenakan mee bandung walaupun berada jauh dari Muar.

5. Kedai Man Sate

Terkenal denga harga sate yang sangat murah iaitu Rm0.30 secucuk.Terletak berhadapan dengan MRSM Muar. Sate ini juga dijual pada waktu pagi.

Leave a comment