Ceracap Inai

ci

 

Ceracap Inai terkenal di Kg. Baru Lenga, Bt. 28 Lenga di daerah Muar.  Ceracap Inai ini berasal dari tarian Istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan pembesar-pembesar negeri semasa keramaian. Kerana itulah terdapat unsur-unsur sembah/ampun, merendah-rendahkan diri didalam tarian ceracap inai ini. Kini, tarian ini selalu dipersembahkan dihadapan ‘Raja Sehari’ iaitu pengantin.

Diantara alat-alat yang digunakan adalah bunga, bunga-bungaan emas dan cahaya api dari lilin. Dari segi pakaian pula, pakaian tradisi masyarakat Melayu zaman dahulu digunakan.

ci2

Bilangan penari kebiasaannya adalah ganjil. Namun begitu ia juga boleh ditarikan secra berpasangan lelaki dan wanita ataupun wanita sahaja. Bilangan penari pula diantara 5-8 orang.

Leave a comment