Bahagian 1 : Johor Bahru

Johor Bahru terletak di selatan Semenanjung Malaysia merupakan bandaraya selatan di Malaysia. Daerah Johor Bahru merupakan bandaraya kedua terbesar selepas Kuala Lumpur dengan mempunyai penduduk melebihi daripada 1.6 juta orang. Ia juga bersempadan dengan negara Singapura di selatan, daerah Kulaijaya di utara, daerah Pontian di barat dan daerah Kota Tinggi di timur.

Bandaraya Johor Bahru bertempat di pinggir Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia dari Singapura. Keluasan sebanyak 185 km², daerah metropolitan Johor Bahru dikelilingi tanah pantai yang mengandungi paya dan sistem sungai yang penting seperti Sungai Johor, Sungai Pulai dan Sungai Tebrau.

SEJARAH

Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah kampung perikanan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai “Johor Bahru” sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaannya dari Teluk Belanga di Singapura.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JOHOR BAHRU

1. Zoo Johor

zoo

Zoo Johor dengan keluasan 13.5 ekar terletak 1 km dari pusat bandar Johor Bahru, menghadap ke Selat Tebrau dan bersebelahan dengan Masjid Sultan Abu Bakar. Ia adalah satu-satunya zoo yang pengurusannya di bawah Kerajaan Negeri.

Zoo Johor dipercayai sebagai zoo pertama di Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1928 oleh DYMM Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Baginda telah menamakan tempat tersebut sebagai “Kebun Binatang” kerana minat dan sayangnya Baginda pada haiwan.

Antara aktiviti yang dapat dilakukan di Zoo Johor ini adalah seperti menaiki bot air, bermain di Taman Permainan Kanak-kanak dan menunggang kuda padi.

2. Masjid Negeri Sultan Abu Bakar

msjid

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.

Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.

3. Legoland Malaysia

5

7

6

Legoland yang pertama telah dibuka di Billund, Denmark pada 1968. Kini, pada 2012, Legoland yang pertama di Asia dan juga Taman Tema Antarabangsa yang pertama di Malaysia telah dibuka di Nusajaya, Johor.

Dengan kepingan-kepingan Lego yang berwarna-warni, terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan di Legoland seperti Land of Adventure, Lego Kingdom, Imagination, Miniland, Lego Technic dan Lego City.

4. Hello Kitty Nusajaya

images

4

3

Taman Tema ‘indoor” Hello Kitty yang pertama di luar Jepun. Lokasinya ialah di Puteri Harbour, Nusajaya iaitu bersebelahan sahaja dengan Kota Iskandar, Nusajaya. Jaraknya dengan Legoland Malaysia pula hanyalah 5 minit memandu. Terdapat juga The Little Big Club di mana ada karakter-karakter kartun yang lain seperti Barney, Thomas & Friends, Pingu dan Kartun Lat.

5. Pantai Stulang Laut

index

2

Pantai ini ramai dikunjungi terutamanya pada waktu sebelah petang dan di hujung-hujung minggu ataupun hari kelepasan am. Tempat yang menarik di Johor Bahru ini terletak berhampiran dengan kompleks imigresen dan kastam Johor Bahru yang lama.

Pantai Stulang ini juga terletak berhampiran dengan penginapan hotel-hotel seperti Grand Blue Wave Hotel(4 star), Suria City Hotel(3star) dan juga Zone Regency Hotel(3 star). Selain itu, Pantai Stulang ini juga berdekatan dengan Medan Selera Stulang yang terletak bersebelahan sahaja dengan Zone Bebas Cukai , Stulang. Satu lagi perkara yang menjadikan Stulang Laut ni tempat menarik di Johor Bahru untuk dikunjungi ialah pada bulan-bulan tertentu terdapatnya acara-acara temasya air atau event peringkat tempatan, kebangsaan atau antarabangsa yang dianjurkan di sini seperti pertandingan International Speed Boat, water scooter, pertandingan memancing ,sukaneka air dan lain-lain lagi. Terdapat juga jeti persendirian milik keluarga DiRaja Sultan Johor yang terletak berhadapan dengan Foon Yew High School.

6. Hutan Bandar MBJB

7. JB Bazz

8. Muzium Sultan Abu Bakar

Muar

Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor dan bersempadan dengan negeri Melaka, daerah Segamat dan juga daerah Batu Pahat. Pusat pentadbiran baru yang dikenali sebagai Muar 2 sedang dirancang untuk dibina di Muar. Pusat pentadbiran baru tersebut akan menempatkan semua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan dijangka terletak berhampiran dengan Muar Bypass di bandar Muar.

1

ASAL USUL NAMA MUAR

1. Muar lahir daripada perkataan ‘muara’ iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Contohnya apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511,Raja danPara Pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.
2. Muar juga dikatakan berasal dari perkataan ‘muak’ (jemu dan ‘mu-aru’ (Bahasa Tamil) yang bermaksud tiga sungai.
3. Bandar Muar juga dikenali sebagai Bandar Maharani. Ia mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.

TEMPAT MENARIK DI MUAR

1. Taman Tanjung Emas

images

images (1)

Ia adalah sebuah taman rekreasi yang terletak di muara Sungai Muar. Tebing sungai di taman ini dihiasi dengan laluan siar kaki yang menyajikan pemandangan menarik Sungai Muar. Selain itu terdapat juga perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar selama 45 minit hingga satu jam untuk memberikan peluang kepada pelancong menikmati pandangan bandar Muar dari sungai. Bagipeminat golf, Taman Tanjung Emas ini juga menempatkan padang golf 9 lubang. Taman ini  menjadi lokasi beriadah bagi penduduk tempatan terutamanya pada hujung minggu.

2. Bangunan-bangunan Lama

535310602_598e3f6449_z

 

Bangunan Sultan Abu Bakar

m-08_2

 

Bangunan Kastam

Terdapat banyak bangunan yang dibina sebelum Perang Dunia ke-2 masih lagi mewarnai senibina bandar Muar ini. Antaranya ialah Bangunan Sultan Abu Bakar yang dibina pada tahun 1q921. Ia menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran daerah Muar. Begitu juga dengan bangunan Kastam yang dibina pada tahun 1909. Bangunan-bangunan ini adalah warisan yang amat berharga dan juga melambangkan kemakmuran Muar di zaman lampau.

3. Masjid Sultan Ismail

masjid

Masjid Sultan Ismail iaitu masjid Jamek ke-2 terletak di tebing utara sungai Muar. Ia adalah masjid terbesar di Muar dan rekabentuknya adalah replika kepada Masjid Sultan Ibrahim (Masjid Jamek Pertama). Siap dibina pada tahun 2002, ia kelihatan seolah-olah terapung di atas sungai.

MAKANAN MENARIK DI MUAR

1. Ikan Bakar & Asam Pedas Wak Jos

Terletak berhampiran Medan Ikan Makan Sabak Awor yang berada berhampiran Jambatan ke-2 Muar. Walaupun terletak di kawasan terpencil di tebing Sungai Muar, restoran ini terkenal dengan keenakan ikan bakarnya disamping harga makanannya yang sangat murah.

2. Kopi 434

Kopi Sai Kee atau lebih dikenali sebagai nama kopi cap 434 selalu menjadi buah tangan bagi para pelancong yang datang ke Muar. Selain keenakan rasa kopinya, keistimewaan kopi ini kerana ia tidak perlu ditapis kerana habuk kopi ini akan tenggelam dengan sendirinya selepas 5 minit.

3. Mee Siput

Mee yang berbentuk sanggul yang dikeringkan dan dihidangkan selepas digoreng. Ia enak apabila dicicah dengan sambal tumis. Antara tempat yang paling mudah untuk mencari mee siput ini adalah di Pasar Muar.

4. Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Terletak berdekatan dengan Public BAnk, terkenal dengan keenakan mee bandung dan juga sate yang dijual pada waktu pagi. Selain itu, restoran ini juga menjual perencah mee bandung buatan mereka sendiri bagi memudahkan penggemar mee bandung menikmati keenakan mee bandung walaupun berada jauh dari Muar.

5. Kedai Man Sate

Terkenal denga harga sate yang sangat murah iaitu Rm0.30 secucuk.Terletak berhadapan dengan MRSM Muar. Sate ini juga dijual pada waktu pagi.

Segamat

Segamat merupakan daerah paling utara yang terletak di negeri Johor. Ia bersempadan dengan Negeri Sembilan di bahagian Utara manakala Pahang di bahagian Timur. Selain itu, Segamat juga bersempadan dengan 6 buah daerah yang lain iaitu Muar, Kluang, Tampin, Rompin, Batu Pahat dan ledang. Bandar Segamat merupakan bandar utama daerah ini.

seg2

Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah. Selain itu, Segamat juga terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu ‘Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan’.

SEJARAH

Menurut seorang ahli sejarah tempatan, Cikgu Hassan (Allahyarham Tuan Haji Hassan bin Haji Muhammad),Segamat merupakan sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya dengan sejarah silamnya lalu ianya digelar “Daerah Lagenda”.

Antaranya ialah:

  • Segamat dikaitkan dengan kehebatan kerajaan Malim Dewa yang kononnya pada suatu masa dahulu pernah wujud di satu kawasan luas merintangi Kuala Muar hinggalah ke hulu daerah Segamat. Menurut cerita orang tua-tua,Putera kepada Raja Malim Dewa iaitu Raja Malim Deman pernah mencintai seorang Puteri yang bernama Puteri Santan Bertapis. Malangnya, Puteri itu telah dibawa lari oleh seorang Putera dari kayangan. Kegagalan untuk mencari Puteri tersebut telah menyebabkan baginda membuat satu sumpahan iaitu selagi Puteri yang dicintainya itu tidak ditemuinya maka daerah Segamat akan dilanda banjir. Dengan demikian, daerah ini telah dikenali sebagai “Daerah Sumpahan Malim Deman”.
  • sekitar tahun 1511, Bendahara terakhir Melaka, Bendahara Tepok dan para pengikutnya berundur ke Johor setelah kejatuhan Melaka ke tangan tentera Portugis. BendaharaTepok yang uzur dan para pengikutnya berhenti berehat di satu lubuk sungai di kawasan tersebut dan mandi di sungai tersebut untuk menyegarkan diri. Setelah mandi, beliau berkata, “Segar amat badanku ini!”, dan seterusnya menamakan sungai tersebut sebagai Segar Amat, yang kemudian berubah menjadi Segamat.

MITOS

Segamat mempunyai sebuah cerita mitos iaitu terdapat seekor naga besar yang tidur dibawah tanah di Kampung Berata sehingga Kampung Gemereh. Menurut cerita YM Drs.Ungku Zaman Mohd Tahir,punca daerah Segamat banjir kononnya berpunca dari Naga Besar yang bergerak dari tempat tidur asalnya yang menyebabkan Segamat mengalami banjir besar.

PENGANGKUTAN

  • Kereta – Lebuhraya Utara-Selatan, boleh susur keluar melalui Simpang Ampat dan Yong Peng
  • Kereta Api – Perkhidmatan KTM di Stesen Kereta Api Segamat dan Labis.
  • Bas – Terminal Bas Segamat

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEGAMAT

Antaranya ialah:

1. DATARAN SEGAMAT

seg

Dataran Segamat telah dibina pada tahun 1996 sebagai tempat utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah Segamat dan peringkat negeri Johor. Sebelum diubahsuai dan diberi nama sebagai Dataran Segamat, tempat ini dahulunya dikenali sebagai Padang Besar Segamat. Menara Jam, Replika Durian dan Menara Bendera juga di letakkan bersebelahan sebagai tarikan dan mercu tanda utama bandar Segamat yang memberi makna Segamat adalah daerah Tanah Raja Buah-buahan

2. TAMAN BUNGA BATU HAMPAR

seg3

Taman Bunga Batu Hampar adalah satu-satunya taman rekreasi di tengah bandar Segamat. Di sini juga menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat ,Rumah VIP dan Istana Hinggap khas untuk kerabat diraja Johor.Taman Bunga Batu Hampar merupakan tempat yang paling cantik dan sesuai untuk beriadah di daerah Segamat.

3.MAKAM BENDAHARA TERAKHIR

seg4

Makam Bendahara terakhir Kesultanan Melayu Melaka terletak di Kampung Lubuk Batu, kira-kira 2 kilometer dari Pusat Bandar Segamat melalui jalan raya persekutuan dan bertentangan dengan Masjid Makam Lubuk Batu.

4. AIR TERJUN SUNGAI BANTANG

seg6

seg5

Hutan lipur ini mula ditubuhkan pada tahun 1989 dan dimajukan dengan pesatnya pada tahun 1990. Kawasan ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis. Jarak antara Air terjun Sungai Bantang dengan bandar Segamat iaitu lebih kurang 64 km. Tema “Destinasi Rekreasi Luar Anda” telah di perkenalkan oleh Jabatan Hutan Daerah Segamat bagi tujuan perkhemahan dan perkelahan.Pelbagai aktiviti dapat dijalankan antaranya merentas hutan ‘jungle trekking’, perkhemahan dan perkelahan.

5. BAZAAR KARAT

Pada waktu malam,Segamat terkenal dengan Bazaar Karat iaitu sebuah kawasan sepanjang jalan Dataran yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai jualan. Bazaar Karat dibuka pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad sehingga 1 pagi. Bazaar Karat telah menjadi tumpuan utama penduduk Segamat untuk berjalan-jalan dan membeli belah pada waktu malam.

6. JAMBATAN PUTUS, BULOH KASAP

seg7

seg8

Jambatan ini dibina oleh tentera British untuk pembinaan Persekutuan Route 1.Namun tentera British telah menghancurkan sebahagian jambatan ini untuk menghalang kemaraan tentera Jepun untuk menuju ke Singapura. Setelah perang berakhir Jambatan Buloh Kasap yang baru telah dibina betul-betul disebelah Jambatan Putus Buloh Kasap.

7. PUSAT REKREASI KOLAM AIR PANAS, TENANG

Kolam Air Panas Labis di Kg Tenang hanya 10 km dari pekan Labis dan 42 km dari Bandar Segamat. Terdapat 4 kolam besar air panas yang dibina di situ. Ia dipam dari kolam air panas semula jadi yang terletak di tengah-tengah 4 kolam tersebut. Kolamnya cetek. Airnya yang panas pasti dapat menyegarkan badan. Kemudahan tandas dan bilik mandi disediakan untuk para pengunjung di samping taman permainan kanak-kanak, peralatan bersenam dan tapak berjalan kaki. Kedudukannya yang terperosok di sisi Kg Tenang memungkinkan wujudnya persekitaran yang tenang dan santai.

TEMPAT MAKAN MENARIK DI SEGAMAT

  • Warung Daud – Warung Daud ini telah dibuka sejak 1979. Terletak di Jalan Hassan, bersebelahan lampu isyarat Jalan Pemuda/Kampung Tengah. Dbuka untuk makan pagi, tengah hari dan malam.  Terkenal dengan keenakan masakannya disamping harga yang murah.
  • Restoran RZ Caterer – Restoran ini terletak di Segamat Baru berhampiran dengan Nagoya. Terkenal dengan keenakan masakan Melayu.
  • Brother’s Place – Terletak di pekan Segamat, berhampiran dengan jalan menuju ke mahkamah dan perpustakaan, Brother’s Place menyediakan makanan tempatan dan barat. Selain keenakan makanan, Brother’s Place juga menawarkan keindahan dekorasi dalaman restoran ini serta keindahan pemandangan dari Bukit Siput.
  • Restoran Nasi Ayam Mustafah Segamat – Restoran milik seorang Cina Muslim ini terletak di belakang bangunan pasaraya Giant. Terkenal dengan keenakan nasi ayamnya, restoran ini juga memberikan servis yang bagus di mana anda akan mendapat makanan yang dipesan dalam temph masa 5 minit.

Kota Tinggi

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Daerah Kota Tinggi yang terletak di selatan pantai timur Semenanjung merupakan daerah yang terbesar di Negeri Johor dan mempunyai keluasan 3,500 batu persegi.

kt

Kota Tinggi juga dikenali sebagai “Daerah Pelancongan Bersejarah”. Ini kerana di sinilah tempat bermulanya sejarah Kesultanan Melayu Johor. Ia berkaitan dengan pengaruh Melayu Melaka, Johor-Riau, Singapura dan Linggi. Sungai Johor yang mengalir di sepanjang bandar ini banyak menyimpan sejarah zaman Kegemilangan Johor Lama. Terdapat banyak bekas tapak peninggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama yang ada di sini seperti Makam-Makam Lama dan Kota-Kota Lama.

Terdapat 4 buah bandar dan pekan yang penting di sekitar Daerah Kota Tinggi iaitu Bandar Kota Tinggi yang merupakan pusat pentadbiran yang utama bagi penduduk daerah ini, Pekan Sungai Rengit, Pekan Teluk Sengat dan Pekan Sedili Besar.

ASAL USUL NAMA KOTA TINGGI

Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dikalahkannya di Melaka pada tahun 1511.

PENGANGKUTAN

  • Kereta – Dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, anda akan susur keluar melalui Kulai.
  • Teksi – Stesen Teksi Kota Tinggi, Jalan Niaga Utama.
  • Bas – Stesen Bas Terminal Kota Tinggi,Jalan Niaga Utama
  • Feri – Terminal Feri Tanjung Belungkor (perjalanan Tanjung Belungkor – Singapore Changi)
  •          – Termianl Feri Sebana Cove

TEMPAT MENARIK DI KOTA TINGGI

1. Air Terjun Kota Tinggi

TNkotatinggi01

Air Terjun Kota Tinggi terletak kira-kira 56 km dari Utara Johor Bahru dan 16 km dari Bandar Kota Tinggi.  Ia adalah antara air terjun yang terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga dari Singapura. Selain tarikan alam semulajadi yang indah serta kejernihan air terjun, air terjun Kota Tinggi ini juga terdapat pelbagai kemudahan yang memudahkan para pengunjung.

TNkotatinggi09

Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Terdapat 43 bilik hotel moden dan 20 buah chalet persendirian yang dibina dilereng-lereng bukit.
  • Terdapat banyak kolam-kolam air bagi memudahkan para pengunjung bermandi manda

TNkotatinggi05

  • Terdapat juga gelongsor air bagi menambahkan lagi keseronokan berada di air terjun Kota Tinggi ini.

TNkotatinggi03

 

  • Gerai-gerai makanan
  • tandas awam
  • surau

2. Muzium Kota Tinggi

Muzium Kota Tinggi (pada awalnya menggunakan nama Pusat Sejarah Kota Tinggi) mula dibina pada tahun 1997. Pada 11 Jun 1999 bangunan ini telah sempurna disiapkan dan diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti. Pada 27 Februari 2001 pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti menyerahkan Muzium Kota Tinggi ini kepada Kerajaan Negeri Johor dan diselenggarakan oleh Yayasan Warisan Johor. Pada 30 Ogos 2002 Muzium Kota Tinggi telah dibuka untuk lawatan walaupun pengisian pameran ditingkat atas masih belum siap.

Ruang-ruang tingkat bawah muzium ini memaparkan Kota Tinggi di Hujung Tanah; Zaman Kegemilangan Lembah Sungai Johor iaitu bermula dari pemerintahan Sultan Allauddin Riayat Shah II hingga berakhirnya pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Mangkat Dijulang).

Ruang ditingkat atas pula memaparkan Kota Tinggi dalam pemerintahan zaman Bendahara, Kota Tinggi dalam era moden (pertumbuhan dan perkembangannya antara tahun 1855-1914) dan Kota Tinggi hari ini. Bahan-bahan yang dipamerkan meliputi lukisan-lukisan, diorama dan ilustrasi peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku pada zaman pemerintahan Kesultanan Johor di Kota Tinggi

muz

muz3

muz1

muz2

 

 

 

3. Kompleks Sejarah Kota Tinggi Lama

4. Tapak-Tapak Bersejarah di Sepanjang Sungai Johor

Antara tapak-tapak bersejarah tersebut adalah Makam Laksamana Bentan, Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Kampung Panchor, Sayong Pinang, Makam Kucing Bertanduk, Kota Makam Tauhid dan Kubu Budak.

5. Kota Johor Lama

download

Kota Johor Lama terletak di tebing kiri menghilir Sungai Johor kira-kira 27km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30km dengan darat melalui jalan ke Desaru masuk ke Teluk Sengat.

Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor Kedua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor.

Baginda telah mendirikan sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudianya ditambak dengan tanah dan sekarang dikenali sebagai Kota Johor Lama. Dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah negeri yang kuat sehingga dapat mematahkan serangan Acheh beberapa kali.

TEMPAT MAKAN MENARIK DI KOTA TINGGI

  • Restoran Baser Kota Tinggi – Terletak di Air Terjun Kota Tinggi, restoran ini terkenal dengan keenakan nasi ayamya.
  • Restoran Haji Daud – Terletak bertentangan dengan KFC Kota Tinggi, restoran ini terkenal dengan makanan esotiknya. Antaranya ialah belangkas, siput gonggos dan pepahat.
  • Restoran Anjung Kota Gemerlapan – Selain menyediakan masakan Melayu yang enak, restoran ini juga menyediakan perkhidmatan karaoke, melihat kunang-kunang serta landskap yang cantik.

 

Ledang

Daerah Ledang adalah sebuah daerah yang baru sahaja dengan rasminya telah menjadi daerah baru pada 9 Jun 2008. Ia telah dirasmikan oleh Sultan Johor dengan penuh gilang gemilang. Dengan keluasan 239,751 ekar, kedudukan Ledang agak strategik dimana ia terletak di tengah-tengah negeri Johor bersempadan dengan negeri Melaka, negeri Pahang dan Negeri Sembilan.

SEJARAH

Nama Ledang diambil sempena Gunung Ledang yang terletak di daerah Ledang.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LEDANG

1. Hutan Lipur Gunung Ledang Air Panas, Sagil,Ledang

gl

gl2

Dengan keindahan alam semulajadi dan kejernihan air terjun, Gunung Ledang menjadi tarikan utama bagi pelancong tempatan mahupun luar. Lebih-lebih lagi dengan kedudukannya yang tidak jauh dari Pekan Tangkak iaitu kira-kira 15km sahaja.Berketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang telah menjadi gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.

  • Sejarah nama Gunung Ledang
  1. Pada kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang alik di Selat Melaka telah memanggil Gunung Ledang sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud gunung emas. Ini kerana  Gunung Ledang dipercayai adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas.
  2. Pada zaman pemerintahan empayar Majapahit, orang Jawa telah menamakan Gunung Ledang sebagai ‘Gunong Ledang’ yang bermaksud ‘gunung dari jauh’ atau ‘gunung paling jauh’.
  3. Gunung Ledang juga terkenal dengan nama Ophir. Ia dipercayai bermaksud Ular dalam bahasa Yunani. Ini dikaitkan dengan cerita yang mengatakan bahawa Gunung Ledang dijaga oleh kerajaan ular.
  • Fakta menarik tentang Gunung Ledang
  1. 160 spesis burung telah direkodkan di Gunung Ledang
  2. Orkid selipar hanya boleh didapati di Gunung Ledang
  3. Air terjun Gunung Ledang terdiri daripada puluhan air terjun yang berketinggian antara 5 hingga 50 meter, diselangi banyak jeram dan kolam sepanjang lebih 3 kilometer
  4. Air dari gunung ini boleh diminum tanpa masak terutamanya dibahagian tapak perkhemahan Gua Kambing dan Kolam Puteri.
  5. Gunung Ledang juga dikaitkan dengan Lagenda Puteri Gunung ledang.
  • Kemudahan
  1. Gunung Ledang Resort menyediakan kemudahan penginapan dan makanan bagi pengunjung-pengunjung Gunung Ledang.
  2. Terdapat 2 runut mendaki bagi para pendaki iaitu dari Kampung Asahan, Melaka dan juga runut Sagil.
  3. Tapak-tapak perkhemahan

gl3

gl4

 

2. Ladang Cendawan

Terdapat pelbagai jens cendawan yang boleh didapati di ladang cendawan ini. Antaranya ialah abalone, cendawan putih, cendawan hitam dan cendawan mutiara. Ladang cendawan ini juga menunjukkan cara-cara memproses cendawan bermula dari penyediaan beg, pengukusan, penyuntikan benih, penuaian dan akhir sekali pembersihan,pengasingan dan pembungkusan.

cndwn2

cndwn

Ladang cendawan ini terletak di Kawasan Perindustrian Grisek, kepunyaan syarikat Forest Fine Foods (M) Sdn Bhd.

TEMPAT MAKAN MENARIK DI LEDANG

  • Mi Udang Banjir – Terletak di Jalan Tanjung Agas, ia terkenal dengan keenakan Mi Udang Banjir yang diolah dengan resepi sendiri.Menariknya, Mi Udang ini ‘dibanjiri’ dengan udang sehingga menutupi mee dan kuah.
  • Restoran Sup Lembu Tangkak – terkenal dengan kehebatan sup lembu dan kelembutan dagingnya.
  • Restoran NMR Briyani Gam – Terletak di Tangkak, terkenal dengan keenakan nasi briyani gam.

Mersing

mersing2

mersing

Mersing adalah sebuah daerah yang terletak di Timur Laut negeri Johor. Berkeluasan 2836.6 km2, ia mempunyai 10 mukim. Bandar utama di Mersing adalah Jemaluang, Bandar Mersing, Bandar Mersing Kanan dan Bandar Padang Endau.

SEJARAH MERSING

Mersing telah dibuka pada 1892 oleh Dato’ Bentara Luar. Terdapat pelbagai cerita tentang asal usul nama Mersing. Antaranya ialah:

  • Mersing sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Sigh atau Men Sigh. Beliau dikatakan telah dibuang daerah dari Pahang oleh Sultan Pahang kerana membuat kesalahan yang besar.
  • Cerita lain ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing juga diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu sebagai bakal menantunya.
  • Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing

PENGANGKUTAN

Anda boleh ke Mersing dengan menggunakan salah satu dari pengangkutan berikut:

  • Kereta – Boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan susur keluar melalui Kluang.
  • Kereta Api – Boleh menggunakan perkhidmatan KTM di stesyen Kluang.
  • Bas – Terdapat bas dari Kuala Lumpur yang berhenti di Terminal Bas Mersing.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MERSING

1. Taman Negara Endau Rompin

Ia adalah hutan simpan tertua di dunia dan terletak kira-kira 70km dari bandar Mersing. Berkeluasan 49,000 hektar dan bersempadan dengan negeri Pahang, meliputi daerah Mersing, Segamat dan Rompin.

Antara tarikan utama di Taman Negara ini adalah:

  • Perkampungan Orang Asli Suku Kaum Jakun
  • Pelbagai sungai dari jeram seperti Sg. Endau, Sg. Jasin, Sg. Lemai dan Sg. Semakuk.
  • Pelbagai Air Terjun seperti Air Terjun Buaya Sangkut yang setinggi 40meter.
  • Kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna.

tmn ngr

tmn ngr1

tmn ngr2

tmn ngr3

tmn ngr4

Terdapat juga pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Perbadanan Taman Negara Johor seperti 40 chalet disediakan bagi para pengunjung menikmati keindahan alam semulajadi yang tidak pernah disentuh sejak ratusan tahun dahulu.

2. Air Papan

ppn3

ppn

Air Papan adalah pantai yang terletak kira-kira 8km dari bandar Mersing. Ia adalah pusat perkelahan dan perkhemahan yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Pada 1 Mei setiap tahun, Pesta Air Papan akan diadakan di sepanjang pantai Air Papan. Pelbagai permainan tradisional diadakan yang akan disertai oleh penduduk tempatan dan juga para pelancong, pelbagai persembahan kebudayaan, pesta makanan dan juga kraftangan.

Antara kemudahan yang disediakan adalah:

  • kemudahan sukan rekreasi air
  • chalet
  • tandas awam
  • gerai makanan
  • telefon awam
  • Masjid
  • wakaf

ppn4

3. PULAU – PULAU

Terdapat banyak pulau-pulau yang indah, dengan pantai berpasir yang putih dan bersih di daerah Mersing. Antaranya ialah:

  • Pulau Besar – Pulau besar dikelilingi oleh beberapa pulau yang lain seperti Pulau Sibu, Pulau Linggi, Pulau Rawa, Pulau Mensirip  dan Pulau Hujung. Puncak tertinggi di Pulau Besar ini mencecah ketinggian 2,000km dari paras laut. Asenia Resort Pulau Besar adalah penginapan utama di Pulau Besar.

pb

Pulau Besar

  •  Pulau Pemanggil – Berkeluasan 6.4km persegi, terdapat 4 kemudahan pelancongan di pulau ini iaitu Radin Island Resort, Hillside Resort, Besar Marina Resort dan Sun Dancers Resort.

pp

Pulau Pemanggil

  • Pulau Sibu – Berkeluasan 6km, Pulau Sibu terletak berdekatan dengan Pulau Sibu Besar, Pulai Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung. Kemudahan pelancongan yang terdapat di sini adalah Rimba Resort.
  • Pulau Tinggi – Pada zaman dahulu, Pulau Tinggi ini dikenali sebagai Pulau Topi Jeneral oleh Kelasi Cina kerana pulau ini yang berbentuk bujur.Pulau tinggi juga kaya dengan buah-buahan, rotan, kayu balak, gua, terumbu karang serta kepelbgaian hidupan laut.

image_gallery

Pulau Tinggi

  • Pulau Aur
  • Tanjung Leman

TEMPAT MAKAN YANG MENARIK

  1. Restoran TI Seafood – Restoran yang menghidangkan masakan ala Thai. Terkenal dengan keenakan ikan tiga rasa, otak-otak Kempas dan sambal udang.
  2. Sally’s Place – Restoran makanan Cina Muslim. Selain keenakan masakan ia juga terkenal dengan hiasan dalaman yang berkonsepkan rumah Melayu zaman dahulu kala.
  3. Brother Joe – Terletak di Medan Selera Ikan Bakar di persiaran nelayan Mersing. Terkenal dengan keenakan ikan bakar yang segar dari laut.
  4. Seri Mersing Kafe – Restoran yang berkonsepkan kopitiam dan telah bertapak lebih 25 tahun. Apabila ke sana, anda perlu cuba jem kaya buatan mereka sendiri.
  5. Nasi Dagang Seri Tanjung – Terkenal dengan keistimewaan nasi dagangnya yang dikukus 2 kali,di mana kali kedua dikukus dengan santan dan halba.
  6. Restoran Makanan Laut Yong Seng – Terletak di Jalan Ismail. Terkenal dengan makanan laut yang segar.

Kluang

DSC_0088-kluang

 

Daerah Kluang terletak lebih kurang di tengah-tengah negeri Johor. Nama Kluang dipercayai berasal daripada perkataan Melayu “keluang” yang bermaksud sejenis kelawar besar atau kelawar buah. Kelawar ini pernah wujud dalam bilangan yang banyak beberapa dekad yang lalu. Namun sekarang, bilangan kelawar ini hampir tiada kerana aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadi.

SEJARAH

Kluang wujud sejak seawal 1910. Dengan rancangan membangunkan  Kluang sebagai pusat komunikasi, banyak ladang-ladang dibuka dan landasan kereta api dibina. 

Pada tahun 1920, Lembaga Bandaran Kluang ditubuhkan. dan pada 1957, ia dinaiktaraf kepada Majlis Bandaran Kluang. Kini Kluang semakin padat dengan penduduk dan pesat dengan pembangunan lebih 500 kilang pelbagai jenis untuk keluarkan produk untuk kegunaan tempatan dan eksport.

PENGANGKUTAN

Anda boleh pergi ke Kluang dengan menggunakan:

1. Kereta : menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, anda boleh susur keluar melalui tl Air Hitam.

2. Kereta Api : menggunakan perkhidmatan kereta api antarabandar di Stesen KTM Kluang.

3. Bas : di Terminal bas dan teksi Kluang di Jalan Bakawali.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

1. Gunung Berlumut

Gunung Berlumut adalah hutan simpan milik Jabatan Perhutanan Negeri Johor.Ia dirancang untuk dijadikan tempat kajian, rekreasi dan pendidikan orang ramai. Dari Johor, perjalanan yang diambil kira-kira 39km(45 minit). Para pengunjung perlu ke Felda Ulu Dengar dahulu sebelum sampai ke Gunung Berlumut.

Di Gunung Berlumut, para pengunjung dapat menikmati keindahan alam, mandi di air sungai yang jernih serta mendaki gunung yang berketinggian 1010m dapi paras laut. Bagi pendaki gunung, mereka perlu mendapatkan kebenaran dari Pejabat Jabatan Perhutanan dan membuat laporan polis untuk memaklumkan aktiviti itu. Ia adalah prosedur biasa bagi pendaki. Tapak perkhemahan juga disediakan berdekatan dengan puncak gunung bagi memberikan keselesaan bagi pendaki yang ingin bermalam.

Antara kemudahan yang disediakan adalah chalet, tapak perkhemahan, tandas, surau, pondok rehat dan kedai makan.

2. Gunung Lambak

1

4

Gunung Lambak terkenal dengan aktiviti pendakian di kalangan penduduk tempatan. Ia terletak 5km dari pekan Kluang dan berketinggian 510m dari paras laut. Gunung Lambak mempunyai hutan Diterokarp Bukit. Terdapat pelbagi flora yang mempunyai nilai perubatan.

1557

22

Pada 1964, sebuah stesen pemancar TV RTM telah siap dibina untuk memberi muti siaran tv yang lebih baik. Kini ia di selia oleh pihak Telekom untuk sistem komunikasi sahaja, bukan lagi untuk penyiaran.

johor_gunung_lambak_recreational_forest

7

johor_gunung_lambak_recreational_forest2

DSC07442

Antara kemudahan yang di sediakan di sini adalah jambatan, laluan pendaki, tandas, pondok rehat dan lain-lain lagi.

3. UK Agro Farm Resort

UK Agro Resort

Sebuak ladang yang mempunyai pelbagai aktiviti-aktiviti menarik. Antaranya ialah:

  • “Wishing Goat” – Kambing Etawah di bawa masuk dari India. Selain membekalkan daging dan susu yang berkhasiat, ia juga dikatakan membawa nasib yang baik serta kedamaian. Ia berkisah kepada kejadian gunung berapi yang berlaku di Senduro pada tahun 1956. Lebih 1,000 orang telah maut dalam kejadian tersebut, tetapi 30 orang penternak kambing Etawah telah terselamat. Sebab itu kambing ini dipanggil “kambing pembawa tuah”.

attra-wishing-02

attra-wishing-01

 

  • Pembiakan Kambing

attra-grazing-01

 

  • Proses Susu Kambing

ukagroresort-activities-goatmilk-04

ukagroresort-activities-goatmilk-03

 

  • Rumah Herba
  • Kampung Jakun
  • Taman Burung Unta
  • Mini Zoo
  • Ladang cendawan dan sayur-sayuran.

Antara kemudahan yang disediakan ialah chalet, pakej-pakej pelancongan, restoran dan lain-lain lagi.

PUSAT MEMBELI-BELAH

Antaranya ialah:

  • Kluang Mall
  • Kluang parade
  • Plaza BCB
  • Plaza Bintang Jaya
  • Kompleks Pekan Rabu
  • Kluang Mart

TEMPAT MAKAN YANG SEDAP

Antaranya ialah:

  • Kedai Abe Li – Terletak di Jalan Dato Omar Di Raja berhampiran dengan gelanggang Reble Futsal. Terkenal dengan keenakan nasi kerabu dan makanan berlauk.
  • Facefood – Menyajikan 100% makanan barat dengan harga diantara RM4.90 – RM7.90
  • Kluang Rail Coffee – Wujud sejak 1938, keenakan Kluang Rail Coffee yang bertapak di stesen KTM KLuang ini tidak perlu dipertikaikan lagi.
  • Selera Best Istana Asam Pedas Ikan Air Tawar Khazanah Empangan Semberong – Kedai makan di tepi jalan menuju ke Kluang jika anda datang dari arah Air Hitam. Terkenal dengan keenakan asam pedas.
  • Nasi Gulai Kawah & Asam Pedas Haji Ishak – Terletak di Blok L Perumahan Flat Haji Manan, berdekatan dengan Hotel Ailang. Terkenal dengan keenakan gulai kawah dan sup ekor.

 

 

 

Pontian

Nenas

Lambang daerah Pontian

Pontian adalah salah satu daerah di Johor. Pontian terletak 62km dari Johor Bahru. Ibu daerah Pontian adalah Pontian Kechil. Kebanyakan kawasan di Pontian terdiri daripada paya bakau dan menangkap ikan merupakan aktiviti utama di Pontian.

ASAL USUL NAMA PONTIAN

Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’, iaitu Sungai Pontian Besar. Ia adalah tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut.

PENGANGKUTAN KE PONTIAN

1. Kereta – dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, anda boleh melalui toll Simpang Renggam atau Tol Sedenak.

2. Kereta Api – tiada jaringan kereta api di Pontian. Bagi sesiapa yang menggunakan kereta api, boleh menggunakan perkhidmatan KTM yang terdekat iaitu stesyen KTM Kulai.

TEMPAT MENARIK DI PONTIAN

Banyak tempat-tempat menarik di Pontian. Antaranya ialah:

1. Taman Negara Tanjung Piai

     Tanjung Piai terkenal dengan Kukup iaitu terminal feri bagi mereka yang mahu ke Indonesia terutamanya Tanjung Balai dan Tanjung Pinang.

      Taman Negara Tanjung Piai telah diwartakan sebagai taman negara pada September 2001 di bawah kelolaan Perbadanan Taman Negara Johor. Ia juga merupakan kawasan penghujung tanah benua Asia dan telah di bina 1 monumen iaitu sebuah Globe yang besar sebagai tanda.

      Di Taman Negara Tanjung Piai ini terdapat hutan paya bakau yang menjadi penapis bagi sampah dari lautan dan juga bertindak sebagai benteng kepada hakisan. Selain kaya dengan flora dan fauna, tarikan utama di sini adalah Taman Negara ini menjadi tempat persinggahan burung-burung menjelang bulan April. Pelbagai spesis burung dapat dilihat di kawasan ini pada waktu itu.

R11

R10

Pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai

Pelbagai kemudahan juga telah disediakan untuk memudahkan para pengunjung. Antaranya ialah jeti, laluan menyelusuri hutan paya bakau, pondok rehat, menara tinjau,  balai informasi dan tapak-tapak perkhemahan.

2. Taman Negara Pulau Kukup

tn2

tn1

Taman Negara Pulau Kukup berada berdekatan dengan Taman Negara Tanjung Piai. Untuk pergi ke taman negara ini, anda perlu menaiki bot di jeti.

Terdapat pelbagai kehidupan flora dan fauna. Antara tarikan utama disini adalah jambatan gantung selain daripada menara pemerhati yang menjadi tempat untuk para pengunjung menikmati keindahan alam semulajadi di taman negara ini dari pandangan atas

.download

tn7

Jambatan Gantung

tn13

Menara Pemerhati

tn5

3. Muzium Nenas

images (1)

images

Pontian adalah antara pengeluar utama nenas di Malaysia. Muzium nenas ini diwujudkan untuk mendedahkan kepada masyarakat terutamanya generasi muda semua perkara yang berkaitan dengan industri nenas.

ZHI_200609_01_01_029

images (2)

YUS_200807_06_03_009

Terdapat pelbagai seksyen di dalam Muzium Nenas ini. Antaranya :

  • kaedah penanaman, pemprosesan, pengawalan dan penyelenggaraan nenas.
  • sejarah perkembangan nenas
  • jenis-jenis nenas
  • pameran koleksi artifak, penerbitan dan maklumat paten

4. Muzium Bugis

muzbugis

IMG_3554-300x225

Muzium Bugis ini berada berhampiran dengan Pantai Rambah. Muzium ini adalah kepunyaan Encik Abdullah Ahmad dan telah dirasmikan pada 26 Julai 1994 oleh Dato Menteri Shabaruddin Chik.

IMG_3585-188x300

Pakaian tradisi pahlawan Bugis

 IMG_3606-300x225

Pandangan ruang dalam 

IMG_3568-300x225

Rumah tiang 99 di Atakkae, Tempe, Wajo

IMG_3558-300x225

Alat-alat senjata

5. Pantai Teluk Kerang

6. Taman Rekreasi Sungai Rambah

7. Taman Rekreasi Tampok Laut

Batu Pahat

Batu Pahat merupakan sebuah daerah yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak berhampiran Muar (50km ke Utara) dan juga Kluang (52km ke Timur). Pada tahun 2012, Batu Pahat adalah bandar ke-16 di Malaysia yang sedang pesat membangun. Bagi rakyat Singapura, Batu Pahat dikenali sebagai “syurga membeli belah di Johor Utara”.

**ASAL USUL NAMA BATU PAHAT

Terdapat banyak pendapat tentang asal usul nama Batu Pahat. Antaranya ialah:

1. Ia berlaku pada abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang di pahat di Kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka.

2. Selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa di ambil dari muara Sungai Batu Pahat. Maka, nama Batu Pahat di ambil dari “batu yang di pahat” di muara sungai itu.

3. Batu Pahat juga di kenali sebagai Bandar Penggaram yang bermaksud bandar pembuat garam. Ini kerana pada suatu masa dahulu, Batu Pahat terkenal dengan ikan masin.

**PENGANGKUTAN KE BATU PAHAT

1. Menggunakan kereta

     Dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, anda boleh keluar melalui tol Air Hitam/Yong Peng(jika  datang dari arah Selatan) dan melalui tol Tangkak/Pagoh(jika datang dari arah Utara).

    Purata masa yang diambil adalah:

  • Kuala Lumpur – 3.5 jam
  • Johor Bahru – 2 jam
  • Singapura – 2.5 jam
  • KLIA – 3 jam

2. Menggunakan Kereta api

     Tiada jaringan kereta api di Batu Pahat. Tetapi anda boleh menggunakan perkhidmatan kereta api dari stesen KTM yang terdekat iaitu Kluang.

3. Menggunakan Bas

     Terdapat banyak bas yang menghubungkan antara Pekan, daerah serta bandar-bandar berhampiran di Perhentian Bas Jalan Rugayah.

**TEMPAT-TEMPAT MENARIK

Antaranya ialah:

1. Pantai Minyak Beku

bp

images (1)

Pantai Minyak Beku ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda. Ia hanya untuk aktiviti beriadah, memancing dan menghirup udara segar. Ia terletak 8km dari bandar Batu Pahat.

2. Perigi Batu Pahat

download

lima 264

Perigi Batu Pahat ini terletak di tepi Pantai Minyak Beku. Dikatakan nama Batu Pahat telah diambil dari perigi ini yang telah di pahat oleh tentera Siam semasa melarikan diri.

3. Tasik Y

download (1)

Tasik Y ini berada di pinggir  Bandar Batu Pahat. Jauh dari kesibukan kota. Tempat ini akan menjadi sibuk pada waktu petang dan hujung minggu.

images (4)

Tasik buatan dari bekas lombong ini mendapat nama dari bentuk tasik ini yang dikatakan berbentuk Y jika dilihat dari angkasa.

images (5)

download (2)

Tasik ini juga lengkap dengan prasarana seperti taman permainan kanak-kanak, alat-alat senaman, pndok istirehat, gerai-gerai makanan dan sebagainya. Sesuai untuk lawatan seisi keluarga.

4. Wet World Batu Pahat

wwbp

park1

Taman tema yang unik, Wet World Batu Pahat adalah tempat di mana anda boleh menikmati permainan-permainan air yang menarik. Ia adalah satu-satunya taman tema air di Johor. Berkeluasan lebih 44 ekar, ia di bina berhampiran tasik Merdeka.

Pastinya tempat yang sesuai untuk kunjungan seisi keluarga. Antara yang menarik adalah ‘The Wave Pool’ dimana ramai orang setia menanti kehadiran ombak buatan manusia ini.

Wet World ini di di tutup pada setiap hari Selasa kecuali pada cuti umum dan cuti sekolah. Bagi hari biasa, ia di buka dari jam 1 petang hingga 7 petang. Bagi cuti sekolah dan cuti umum, ia di buka seawal 10 pagi hingga 7 petang.

5. Taman Tema Kanak- Kanak (The Summit)

6. Bandar Seramik Ayer Hitam

7. Taman Botani

**PUSAT MEMBELI BELAH

Antaranya ialah :

  • The Summit
  • Square One
  • Carrefour
  • The Store
  • BP Mall
  • Pasar Karat, Jalan Fatimah – tempat untuk membeli barang-barang antik

**MAKANAN

  • Benteng – Sangat terkenal dengan Nasi Beriyani Gam Mat Syah. Ia berada berdekatan dengan tebing sungai Batu Pahat dan bertentangan dengan Hospital Pakar Putra.
  • BP Walk – 1 kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan gerai makan. Menyediakan makanan tempatan dan barat. Dibuka dari jam 6 petang sehingga 1 pagi dan sehingga 3 pagi bagi setiap hari Jumaat dan Sabtu. Antara yang terkenal adalah Sup Power di HSBC Bank, berhadapan dengan Pejabat Pos.
  • Mee Bandung Muar – Terkenal dengan mi racun. Juga di kenali sebagai Mee Bandung Odean. Terletak berhadapan dengan Hotel Garden
  • Asam Pedas – Antara yang terkenal dengan keenakan asam pedasnya ialah Restoran Ali Asam Pedas yang terletak di Jalan Syahbandar dan Tanjung Labuh.

Terdapat banyak lagi tempat, budaya dan makanan yang menarik di Batu Pahat. Tugas anda untuk datang kesini dan jelajah sendiri bumi Batu Pahat ini.