Bahagian 1 : Johor Bahru

Johor Bahru terletak di selatan Semenanjung Malaysia merupakan bandaraya selatan di Malaysia. Daerah Johor Bahru merupakan bandaraya kedua terbesar selepas Kuala Lumpur dengan mempunyai penduduk melebihi daripada 1.6 juta orang. Ia juga bersempadan dengan negara Singapura di selatan, daerah Kulaijaya di utara, daerah Pontian di barat dan daerah Kota Tinggi di timur.

Bandaraya Johor Bahru bertempat di pinggir Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia dari Singapura. Keluasan sebanyak 185 km², daerah metropolitan Johor Bahru dikelilingi tanah pantai yang mengandungi paya dan sistem sungai yang penting seperti Sungai Johor, Sungai Pulai dan Sungai Tebrau.

SEJARAH

Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah kampung perikanan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai “Johor Bahru” sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaannya dari Teluk Belanga di Singapura.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JOHOR BAHRU

1. Zoo Johor

zoo

Zoo Johor dengan keluasan 13.5 ekar terletak 1 km dari pusat bandar Johor Bahru, menghadap ke Selat Tebrau dan bersebelahan dengan Masjid Sultan Abu Bakar. Ia adalah satu-satunya zoo yang pengurusannya di bawah Kerajaan Negeri.

Zoo Johor dipercayai sebagai zoo pertama di Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1928 oleh DYMM Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Baginda telah menamakan tempat tersebut sebagai “Kebun Binatang” kerana minat dan sayangnya Baginda pada haiwan.

Antara aktiviti yang dapat dilakukan di Zoo Johor ini adalah seperti menaiki bot air, bermain di Taman Permainan Kanak-kanak dan menunggang kuda padi.

2. Masjid Negeri Sultan Abu Bakar

msjid

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.

Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.

3. Legoland Malaysia

5

7

6

Legoland yang pertama telah dibuka di Billund, Denmark pada 1968. Kini, pada 2012, Legoland yang pertama di Asia dan juga Taman Tema Antarabangsa yang pertama di Malaysia telah dibuka di Nusajaya, Johor.

Dengan kepingan-kepingan Lego yang berwarna-warni, terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan di Legoland seperti Land of Adventure, Lego Kingdom, Imagination, Miniland, Lego Technic dan Lego City.

4. Hello Kitty Nusajaya

images

4

3

Taman Tema ‘indoor” Hello Kitty yang pertama di luar Jepun. Lokasinya ialah di Puteri Harbour, Nusajaya iaitu bersebelahan sahaja dengan Kota Iskandar, Nusajaya. Jaraknya dengan Legoland Malaysia pula hanyalah 5 minit memandu. Terdapat juga The Little Big Club di mana ada karakter-karakter kartun yang lain seperti Barney, Thomas & Friends, Pingu dan Kartun Lat.

5. Pantai Stulang Laut

index

2

Pantai ini ramai dikunjungi terutamanya pada waktu sebelah petang dan di hujung-hujung minggu ataupun hari kelepasan am. Tempat yang menarik di Johor Bahru ini terletak berhampiran dengan kompleks imigresen dan kastam Johor Bahru yang lama.

Pantai Stulang ini juga terletak berhampiran dengan penginapan hotel-hotel seperti Grand Blue Wave Hotel(4 star), Suria City Hotel(3star) dan juga Zone Regency Hotel(3 star). Selain itu, Pantai Stulang ini juga berdekatan dengan Medan Selera Stulang yang terletak bersebelahan sahaja dengan Zone Bebas Cukai , Stulang. Satu lagi perkara yang menjadikan Stulang Laut ni tempat menarik di Johor Bahru untuk dikunjungi ialah pada bulan-bulan tertentu terdapatnya acara-acara temasya air atau event peringkat tempatan, kebangsaan atau antarabangsa yang dianjurkan di sini seperti pertandingan International Speed Boat, water scooter, pertandingan memancing ,sukaneka air dan lain-lain lagi. Terdapat juga jeti persendirian milik keluarga DiRaja Sultan Johor yang terletak berhadapan dengan Foon Yew High School.

6. Hutan Bandar MBJB

7. JB Bazz

8. Muzium Sultan Abu Bakar