Pakaian

BAJU BELAH KEBAYA PANJANG

Ia ada;ah warisan daripada Kerajaan Johor-Riau.Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ianya berbelah dan berpesak di hadapan baju ini. Umumnya ia dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini juga terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang di tutup dengan kancing atau kerongsang tiga.

BAJU KURUNG

bk1 bk

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian.  Istilah ‘kurung’ itu sendiri diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang.

BAJU RIAU

baju-riau-pahang

Baju ini baju berbelah di hadapan seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau di sebut juga pakaian ‘Engku Puteri atau Raja Hamidah’ puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis.

BAJU TELUK BELANGA

tb1

Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga di sebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

cm

Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri [2.5 cm] melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran [bulat] yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

Leave a comment